Minggu, 02 September 2018

AL MUNTHANI (MAKRIFAT)

Al,muntahi (bhg 1)

Kitab-kitab lama memang sukar didapati sekarang, sesiapa yang memiliki kitab lama sangat beruntung kerana ia adalah suatu harta yang bernilai, lebih dari segunung intan. Di blog ini kami ingin berkongsi ilmu yang terdapat pada kitab lama yang kami perolehi, semoga memberi manfaat kepada semua yang berminat.
'
Petikan dari kitab Al-Muntahi, karangan Sufi terkenal dari Indonesia, HAMZAH FANSURI.
'
Bahagian Pertama: AL-MUNTAHI
'
1. Ketahui oleh mu hai Talib (pelajar) bahawa sabda Rasullulah saw : Barang siapa menilik kepada suatu, jika tidak dilihatnya Allah dalamnya, maka ia itu sia-sia. Kata Ali (Saidina Ali): Tiada ku lihat suatu melainkan kulihat Allah dalamnya. Sabda Nabi;
'
Barangsiapa mengenal dirinya, maka sanya mengenal Tuhannya.
'
2. Erti mengenal Tuhan dan mengenal dirinya yakni: diri KUNTU KANZAN MAKHFIYYAN itu dirinya, dan  semesta sekelian alam Ilmu Allah. Seperti sebiji (benih) dan pohon, pohonya dalam sebiji itu, sungguhpun tidak kelihatan, tetapi hukumnya ada dalam sebiji itu. Kata Seikh Junaid: Ada Allah dan tiada ada sertaNya suatu pun. Ia sekarang ini seperti AdaNya dahulu itu jua. Kerana itu Ali berkata; Tiada ku lihat sesuatu melainkan ku lihat Allah dalamnya.
3. Tetapi jangan melihat seperti kain basah kerana kain lain, airnya lain. Allah SWT maha suci daripada demikian itu tamsilnya, tetapi jika ditamsilkan seperti laut dan ombak, harus seperti kata syair;
'
Yang laut itu  laut jua pada sedia pertamanya, Maka yang baru itu ombaknya dan sungainya, Jangan mendindingi di kau segala rupa yang menyerupai dirinya, Kerana dengan segala rupa itu dinding daripadanya.
Tetapi ombak beserta dengan laut Qadim, seperti kata; Laut ituQadim, apabila berpalu, baru ombak namanya dikata, tetapi pada hakikatnya laut jua,… kerana laut dan ombak esa tiada dua. Seperti Firman Allah;  Allah dengan segala sesuatu meliputi. Sabda Rasullulah saw; Aku daripada Allah, sekelian alam daripada ku.
'
Seperti matahari dengan cahayanya dengan panasnya; namanya tiga hakikatnya satu jua. Seperti isyarat Rasullulah saw; barangsiap mengenal dirinya sanya mengenal Tuhannya.
'
4. Adapun dirinya itu, sungguhpun beroleh nama dan rupa jua, hakikatnya rupanya dan namanya tiada. Seperti bayang-bayang dalam cermin; rupanya dan namanya ada hakikatnya tiada. Seperti sabda Rasullulah saw; Yang Mukmin itucermin samanya mukmin.
'
Ertinya, Nama Allah Mukmin, maka hambanya yang khas pun namanya mukmin. Jika demikian sama dengan Tuhannya, kerana hamba tidak bercerai dengan Tuhannya, dan Tuhan pun tidak bercerai denganhambaNya.
5 . Seperti firman Allah SWT: IA itu serta kamu barang di mana ada kamu. Dan lagi Firman Allah SWT: Jika orang tiga, melainkan IA jua keempatnya dengan mereka itu; dan jika ada lima (orang), melainkan IA keenamnya dengan mereka itu; dan tiada lebih dan tiada kurang daripada demikian itu malainkan IA jua serta mereka itu.
'
Seperti firman Allah SWT: Kami terlebih hampir kepadanya daripada urat leher yang kedua.
'
6. Dengarkan hai Talib (pelajar) WA HUA MA AKUM (dan DIA beserta kamu), tiada di luar dan tiada di dalam, dan tiada di atas dan tiada di bawah, dan tiada di kiri dan tiada di kanan, seperti firman Allah SWT: IA  jua yang Dahulu (Awal) dan IA jua yang Kemudian (Akhir) dan IA jua yang Nyata (Zahir) dan IA jua yang Tersembunyi (Batin).
'
Lagi pun tamsil seperti pohon kayu sepohon. Namanya (pohon)limau atau atau lain daripada (pohon) limau. Daunnya lain, dahannya lain, bunganya lain, buahnya lain, akarnya lain. Pada hakikatnya sekelian itu (pohon) limau jua. Sungguhpun namanyadan rupanya dan warnanya berbagai, hakikatnya esa jua.
'
Jikalau demikian hendalah segala Arif (orang)  mengenal Allah SWT seperti isyarat Rasullulah SAW: Barang siapa mengenal dirinya maka sanya mengenal Tuhannya.
7. Sebermula sabda Rasullulah SAW dengan diisyaratkan jua. Sungguhpun pada Syariat rupanya berbagai-bagai pada Hakikat Esa jua, seperti kata syair;
'
Bahawa ada kekasihku, tubuh dan nyawa rupanya jua, Apa tubuh? Apa nyawa?…. sekelian alam pun rupanya jua; Segala rupa yang baik dan erti yang suci itu pun rupanya jua, Segala barang yang datang kepada penglihatanku itu pun rupanya jua.
.
Seperti firman Allah SWT : Barang ke mana mukamu kau hadapkan, maka di sana ada Dzat Allah. Tamsil, seperti susu dan minyak sapi, namanya dua, hakikatnya satu jua. Kesudahannya susu lenyap apabila ia diputar… minyak jua kekal sendirinya.
'
8. Sesekali tidak bertukar sepertisabda Rasullulah SAW: Barangsiapa mengenal dirinya dengan fananya, bahawa sanya mengenal ia Tuhannya dan Baqalah ia dan serta Tuhannya.
'
Seperti mengetahui ruh dengan badan; Ruh muhit (hidup) pada badan pun tiada, dalam badan pun tiada, di luar badan pun tiada. Demikian lagi Tuhan;  pada sekelian alam pun tiada,  dalam alam pun tiada, di luar alam pun tiada. Seperti permata cincin dengan cahayanya, dalam permata pun tiada cahayanya, di luar permata pun tiada cahayanya.
9. Kerana itu kata Saidina Ali: Tiada ku lihat melainkan ku lihatAllah di dalamnya. Kata Mansur Hallaj, pun berkata dengan sangat berahinya: Ana al Hak (Akulah yang Sebenarnya. Maka kata sufi Yazid: Maha suci aku, siapa besar sebagai aku.
'
Maka kata syeikh Junaid: Tiada di dalam jubahku ini melainkan Allah. Maka kata Sayyid Nasimi: Bahawa Akulah Allah. Maka kata Maksudi:  Dzat Allah yang Qadim,itulah dzat ku sekarang.
'
Dan kata Maulana Rumi: Alam ni belum, adaku adalah; Adam pun belum, adaku adalah; Suatupun belum, adaku berahikan Qadim ku jua.
'
Dan kata Sultan Asyikin Syeikh Ali Abul Wafa: Segala wujud itu WujudNya jangan kau sekutukandengan yang lain; Apabila kau lihatNya bagiNya dengan dia, maka sujudlah engkau sana tiada berdosa.
'
Maka kata kitab Gulshan: Hai segala Islam, jika kau ketahui berhala apa, Kau ketahui olehmu bahawa yang jalan itu pada menyembah berhala dikata. Jika segala kafir daripada berhalanya itu dalalnya, Mengapa maka pada agama itu jadi sesat.
'
(Peringatan: Kandungan kitab iniamat berat bagi pemikiran  yangtidak faham,  jangan membuat kesimpulan sendiri,  mintalah kepada Allah untuk mendapatkan penjelasan.)
'
10. Sebab demikian maka SyeikhAynul Qudat menyembah anjing mengatakan: Hadha rabbi ( Inilah Tuhanku), kerana anjing itu tidak dilihatnya, hanya dilihatnya Tuhannya jua. Seperti orang melihat kepada cermin, mukanya jua yang dilihatnya, cermin ghaib dari penglihatannya,  kerana alam inipada penglihatannya seperti bayang-bayang  jua,…. rupanya ada Hakikatnya tiada.  Nisbat kepada Hak Allah SWT tiada nisbat kepada kita,  adalah kerana kita memandang dengan hijab. Seperti Sabda Rasullulah SAW: Siapa mengenal dirinya sesungguhnya ia mengenal Tuhannya; dengan isyaratkan jua, … pada Hakikatnya dikenal pun Ia, mengenal pun Ia.
'
11. Seperti Sabda Rasullulah SAW: Barangsiapa mengenal Allah lanjuti lidahnya. Pada tatkala mulanya mengetahui… siapa mengenal dirinya…, setelah sampai kepada… sesungguhnya mengenal Tuhannya,… maka Ia Sendiri NYA. Maka Sabda Rasullulah SAW:Barangsiapa mengenal Allah maka kelulah lidahnya; … ertinyatempat berkata tiada lagi lulus.
'
12.Seperti kata Syeikh Muhyil Din Arabi: Sesungguhnya Allah adalah Rahsiamu; …. itupun isyarat kepada: Barangsiapa mengenal dirinya sesungguhnya ia mengenal Tuhannya,..jua.
'
Syair Muhyil Din Arabi; Jika ada engkau orang bermata, bermula hamba itu kenyataan Tuhan, jika ada engkau orang berbudi maka barang segala engkau lihat ini keadaan NYA; Dan jika ada engkau orang bermata dan berbudi, maka apakah yang engkau lihat?,….hanya segala sesuatu itudi dalam NYA melainkan dengan segala rupa.
'
Seperti Firman Allah SWT: Ia itu serta kamu barang di mana ada kamu. Dan lagi kata Syeikh Muhyil Din Arabi dalam bentuk syair: Kamilah huruf yang maha tinggi tiada berpindah, Dan yang tergantung dengan istananya di atas puncak gunung. Aku engkaudi dalamnya, dan kami engkau dan engkau,.. Ia, …maka sekeliandalam Itu… Ia, ….. maka bertanyalah engkau kepada barangsiapa yang telah wasal (sampai kepada Allah).
13. Hai Pelajar mengetahui “ siapa mengenal diri mengenal Tuhannya .” bukan mengenal jantung atau paru-paru,  bukan mengenal kaki dan tangan. Makna “siapa mengenal diri…” adanya dengan ada Tuhannya esajua. Seperti kata Syeikh Junaid: “ Warna air itu warna bejananya”
'
Seperti kata syair: Sesungguhnya telah tersembunyilah engkau maka tiada dapat dilihat oleh segala mata; Maka betapa dilihat oleh segala mata Kerana Ia terdinding oleh adaNya.
'
Kata Syeikh Muhyildin Arabi: Jika pergilah aku menuntut Dia, tiadalah berkesudahan tuntutku, jika datang aku ke hadiratNya, Ia liar daripadaku; Tidak aku melihat Dia, Ia tidak jauh daripada penglihatanku, Bermula: Ia ada dalamku dan tiada aku bertemu pada seumurku.
'
Maka ini lagi kata Syeikh Junaid: Adamu ini dosa, tiada dosa sebagainya. 14. Barangkala engkau pun satu wujud, Hak SWT pun satu wujud, sharika lahu (engkau mensyirikanNya) datang kerana Hak SWT: wahdahu la shararika lahu: (ertinya:tiada sekutu bagiNya), tiada wujud lain hanyawujud Hak SWT . Seperti laut dan ombak.
'
Seperti Firman Allah: Barang kemana mukamu kau hadapkan, maka di sana ada DzatAllah.
'
Kata Maulana Abdul Rahman Jami: Sekampung sekedudukan, sekelian  itu Ia jua; Pada telekung segala minta makan dan pada atlas segla raja-raja itu pun Ia jua; Pada segala perhimpunan dan perceraian dan rumah yang tersembunyi dan yang berhimpun itu pun Ia jua; Demi Allah sekeliannya ia jua. Maka demi Allah sekeliannya Ia jua.


15.  Misalan seperti sebiji benih pokok , di dalamnya terdapat sepohon pokok kayu,yang lengkap. Asalnya biji benih itu jua, setelah menjadi pokok kayu yang tumbuh besar, biji benih itu pun ghaib (tidak kelihatan)- pokok kayu juga yang kelihatan. Warnanya pokok pun berbagai-bagai, rasanya buah pun berbagai-bagai, tetapi asalnya adalah dari sebiji benih itu.
'
Seperti firman Allah:… Kami tuangkan dengan suatu air dan Kami lebihkan setengah atas sesetengahnya pada rasa makanan.
'
Perhatikan pula misalan, seperti air hujan dalam tanam-tanaman . Air hujan itu jua yang meresapi pada sekelian tanaman dan berbagai-bagai pula rasanya. Pada buah limau masam rasanya,pada pokok tebu manis rasanya, pada mambau pahit rasanya, masing-masing membawa rasanya. Tetapi pada hakikatnya air hujan itu jua pada sekelian tanaman itu.
'
Satu lagi misalan, seperti matahari dengan panas , jikalau panas kepada bunga atau kepadacendana, tidak ia beroleh bau daripada bunga (maksudnya bau bunga itu tidak memberi bau kepada panas). Jikalau najis pun demikian lagi. Jangan syak di sini kerana syak itu adalah hijab
'
16.  Kerana atas bekas Jalal dan atas bekas mazhar Jamal tidak iabercerai, maka Kamal namanya. Nama Al Muiz tiada bercerai, nama Al Latif dan Al Qahar tiada bercerai. Dan syirik pun bekasNYA jua:
'
Seperti kata Shah Nikmatullah: Kulihat Allah pada keadaanku dengan PenglihatanNYA; Bermula: keadaanku itu KeadaanNYA, maka tilik kepadaNYA dengan tilik daripadaNYA. Kekasihku, pada segala lain daripadaku, lain daripada adaku, Bermula: padaku AdaNya itu dengan keadaanku satu ju.
'
 Inilah sifat: Siapa yang mengenal diri maka mengenal Tuhannya, itupun permulaan jua.

17. Firman Allah SWT: QS AS SAFFAAT 37: 96: Bahawa Allah menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu.
'
Dan lagi Firman Allah SWT: QS Hud 11:56: Tiada sesuatu yang melata di muka bumi, melainkanDialah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku di jalan yang lurus.
'
Dan lagi sabda Rasullulah SAW: Tiada daya dan upayaku kecuali dengan izin Allah.
'
Sabda Rasullulah lagi: Tidak bergerak suatu zarah kecuali dengan izin Allah.
'
Sabda Rasullulah lagi: Baik dan buruk itu daripada Allah SWT.
'
Firman Allah SWT QS AL MURSALAT 77:30: : Dan tidak berkehendak mereka itu seorangjua pun melainkan dengan kehendak Allah jua.
'
18. Sekelian dalil dan hadis ini isyarat kepada : Siapa yang mengenal diri maka mengenal Tuhannya ,  lain daripadanya tiada.
'
Dan kata Syeikh Muhyildin Arabi: Telah haramlah atas segala yang berahi bahawa memandang lain daripadaNYA, Apabila ada keadaan Allah dengan cahayaNYA giling gemilang. Barang segala yang ku katakan dan bahawa Engkau jua Esa, tiada lain Suatupun daripadaMu maka sekarang barang lain daripadaMuitu seperti haba adanya.
'
Seperti Firman Allah SAT: QS AR RAHMAN 55: 29: P ada segala hari Ia dalam kelakuanNYA

19. Pada zahirNya berbagai-bagai, tetapi pada DzatNya tidak berbagai-bagai dan tiada berubah kerana Ia, seperti Firman Allah QS Al Hadid 57: 3.
'
Dia Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin .
'
AwalNya tidak ketahuan akhirNya tidak berkesudahan zahirNya amat tersembunyi dengan batinNya tidak kedapatan. Memandang diriNya dengan diriNya, melihat diriNya dengan DzatNya dengan SifatNyadengan AfaalNya dengan AtharNya (bekasnya). Sungguhpun namaNya empat tetapi hakikatNya esa.
'
Seperti kata Syeikh Muhyildin Arabi: Menunjukkan AdaNya dengan AdaNya.
'
Sementara itu, Imam Muhammad Ghazzali berkata: Alam ini daripadaNya dengan Dialah tetapi sekelianya Dia .
'
Kata Kimiyai Saadat: Wujud kami daripadaNya dan kuasa kami dengan Dia, Tiada bezanya antaraku dan Tuhanku melainkan dengan dua martabat. (martabat Tuhan dan martabat hamba). Inilah ibarat kata-kata: Siapa yang mengenal dirinya mengenalia Tuhannya.
'
20. Allah SAW tidak bertempat dan tidak bermisal. Mana ada tempat jika lain daripadaNya tiada? Mana tempat, mana misal,mana warna?
'
Hamba pun demikian lagi hendaknya jangan bertempat, jangan bermisal, jangan berjihat enam, kerana sifat hamba (adalah sifat) Tuhannya, seperti kata-kata berikut:
'
Apabila sempurna Fakir,  maka Ia itu Allah dan hidupNya denganhidup Allah.
'
Maulana Abdul Rahman Jami berkata: Kepada kekasih yang tidak berwarna itu (Allah) kau kehendak, hai hati Jangan kau padamkan kepada warna mudah-mudahan, hai hati Bahawa segala warna daripada tidak berwarna datangnya, hai hati Barangsiapa mengambil warna daripada Allah itulah terlebih baik, hai hati !!!

24. Mengapa dikata bertemu danbercerai  itu dua? Hendaknya pada Alim (yang mengetahui) hakikatnya  tiada dua. Seperti ombak dan laut esa jua, pada zahirnya jua dua, tetapi bertemupun tidak bercerai pun tidak, di dalamnya tiada di luarnya pun tiada.
'
Seperti kata Ghawth: Mana kebaktian terlebih kepadaMu ya Tuhanku?
'
Firman Allah SWT: Sembahyang yang di dalamnya tiada  lain selain daripadaKu, dan yang menyembah ghaib.
'
Nyatalah daripada ini bahawa yang disembah pun Ia jua, yang menyembah pun Hak. Seperti kata Mashakikh:
'
Tiada mengenal Allah hanya Allah Tiada mengetahui Allah hanya Allah Tiada melihat Allah hanya Allah.
'
Dan lagi seperti kata Maulana Abdul Rahman Jami:
'
Orang yang  wasal (sampai) itu seperti orang yang duduk kesal; Taulannya diceritakannya daripada penceraiannya Dan seru dan tangisnya, sehingga jadi harum daripada wasal; terhenti olehnya Daripada penceraiannya dan daripada penuh dengan dukacitanya.
'
Dan seperti kata Shibli: Aku seperti katak tinggal  dalam laut Jika kubukakan mulutku nescayadipenuhi air; Jika aku diam nescaya matilah aku dalam percintaanku.
'
25. Isyarat daripada Syeikh Sakdul Din: Jangan lagi dicari tidak akan diperolehi, jika lagi dipandang tiada dilihat, kerana perbuatan kita itu seperti angin di laut. Jikalau berhenti angin ombak pulang kepada asalnya.
'
Seperti Firman Allah QS Al Fajr 89: 27,28: Hai jiwa-jiwa nan tenang (mutmainah), kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan reda dan diredai, maka masuklah ke dalam surga Ku.
'
Ertinya datangnya daripada laut (Dzat Allah), pulang pun kepada laut (Dzat Allah) jua.
'
Seperti kata-kata: Syurga orang zahid (peribadah) bidadari dan mahligai, Syurga orang berahi (kekasih) kepada perbendaharaan yang tersembunyi (Dzat Allah).
'
'
Bersambung ke bahagian 13.'

TAMBAHAN.
1.Fawai lul lil mussalin allazi nahum ansala tihim sahun…..
'
Sejahat 2 cilaka orang sembahyang itu adalah lalai di dalam sembahyang nya. Untuk mengingati akan ALLAH NYA.
'
'
'
Satu Respons to “Al Muntahi (bhg. 11)”
'
1.>>Rahsia ini bagi orang yang tahu jua dapat memakai nya>>> Sakira nya tak tahu pun dah terpakai >>> cuma cara nya sahaja yang ada perbedaan ….. pakai bagi memesrakan dan sabati Nya itu lebeh kesempurnaan….

26. Di situlah tempat tinggal orang yang berahi kepada Allah, berahikan surga pun tidak, dengan neraka pun dia tidak takut, kerana pada orang berahi yang wasal jannah (sampai surga), itulah yang dikatakan dalam firman Allah QS Al Fajr 89:29,30:  Masuklah kamu dalamgolongan hambaKu, dan masuklah kamu ke dalam surgaKu.
'
Pulang ia kepada tempat perbandaharaan yang tersembunyi (Dzat Allah).
'
Seperti kata ahli makrifatullah: Barang siapa mengenal Allah maka ia itu musyrik (kenapa musyrik? Kerana ada dualiti).
'
Dan lagi kata ahli Allah: Yang fakir itu hitam (tiada) mukanya pada kedua negeri (Zahir dan batin,  yang ada hanya wajah Allah)
'
Dan Lagi: Aku telah karamlah pada laut yang tidak bersisi (Dzat Allah), Maka lenyaplah aku di dalamnya, Daripada ada dan tiada pun aku tiadalah tahu.
'
Kata syair:  Kembalilah aku daripada menuntut dan yang dituntut. Dan berhimpunlah aku antara yang memberi kurnia dan yang dikurniai, Dan kembalilah daripada aku bagi adaMu. Tiada engkau di dalamnya dan tiada aku.
'
Kata Syeikh Attar pula :  Daripadanya kembalilah, setengah  daripadanya melihat temasya tepuk dan tari,
'
Nyawa pun diberi selesailah ia daripada tuntut. Lagi kata: Kertas pun dibakar dan pensel pun dipatahkan dan dakwat pun ditumpahkan dan nafas pun ditarik. Inilah kisah ragam orang berahi bahawa dalam daftar tidak lulus (tidak dapat dikisahkan). Lagi kata: Tuntut pun seteru dan kehendak pun sia-sia, dan wujudpun jadi dinding (hijab) tidak dapat diperolehi menghendaki damping dan cita, yang hadir segala nafs pun menjauhkan (menghijab).
'
27.  Inilah kesudahan sekelian, inilah yang dikatakan Fana, inilah yang dikatakan alam Lahut, pun dapat dan dikatakan wasal (sampai),  dikatakan mabuk (berahi Allah) pun dapat.
'
Inilah kata Shah Ali Barizi: Kepada pintu negeri yang Fana (yang tinggal hanya Allah) sujudlah aku. Ku bukakan kepalaku, maka pertunjukanlah mukaMu kepadaku.
'
Kata orang Pasai: Jika tidak tertutup maka tidak bertemu (Dzat Allah). Erti pada itu tidak lulus iaitu, menjadi seperti dahulu kala seperti di alam Lahut, tatkala dalam perbendaharaan tersembunyi, serta dengan TuhanNya.
'
Seperti biji benih dalam pohon kayu, sungguhpun zahirnya tidak kelihatan, hakikatnya Esa jua. Sebab itulah Mansur Al Halaj menyatakan: Ana al Hak (Akulah Hak), manakala setengah sufi yang lain menyatakan: Anallah (Aku Allah), kerana adanya (dirinya) tidaklah dilihatnya lagi (telah Fana, yang tinggal hanya Allah).

28.      Inilah ertinya:  Yang fakir itu tiada suatu pun baginya. Maka firman Allah dalam Hadis Qudsi:
'
Tidur fakir itu tidurKu, Makan fakir itu makanKu, Dan minum fakir itu minumKu.
'
Dan lagi firman Allah: Manusia itu adalah RahsiaKu dan Aku Rahsianya dan Sifatnya.
'
Berkata pula Uways Al Qarani: Yang fakir itu hidup dengan hidup Allah, dan sukanya denganKesukaan Allah.
'
Seperti kata Mashaikh: Barangsiapa yang mengenal Allah maka ia akan menyengutukannya, dan barangsiapa mengenal dirinya maka ia itu kafir.
'
Seperti kata Syeikh Muhyil Din Ibnu Arabi:
'
Yang makrifat itu dinding bagiNya, Bermula jikalau tiada wujud kedua (alam) nescaya nyatalah AdaNya.
'
29.      Kerana belajar dan makrifat, rindu dan merindu, sekeliannya itu, pada iktibarnya adalah sifat hamba juga, jikalau sekelian itu tiadalah padanya, maka lenyaplah ia. Kerana dzatnya dan sifatnya nisbat kepada Allah SWT jua, jikalau barangkala tiada ia, maka sifat hamba, seperti sifat ombak, pulang ke laut (Dzat).
'
Inilah makna Firman Allah QS  Fajr 89:28: Pulang kepada Tuhannya dengan reda dan diredai.  Dan makna QS Al Baqarah 2:156: Daripada Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali.
'
Dan Firman Allah: QS Al Qashash 28:88: Tiap-tiap sesuatu binasa kecuali wajah Allah. Dan juga Firman Allah QS Ar Rahman 55:26,27: Segala sesuatu akan fana, dan yang kekal Dzat Tuhanmu yang empunya Kebesaran dan Kemuliaan.

30.      Jikalau masih ada lagi citanya, rasanya dan lazatnya itu bermakna sifatnya dua jua, seperti musyahadah pun dua lagihukumnya. Dan jika lagi syuhud pun masih ada dua kehendaknya:
'
Seperti rasa, yang dirasa dan merasa pun hendaknya, seperti mencinta dan dicinta hendaknya, masih dua belum lagi esa.
'
Sekelian sifat itu pada iktibarnyadua juga, seperti ombak pada ombaknya laut pada lautnya,, belum mana (kembali ke) laut.
'
Apabila ombak dan laut sudah menjadi satu, muqabalah pun tidaklah, musyahadah pun tidaklah, makanya hanya fana dengan fana jua. Tetapi jika dengan fananya itupun, jika diketahuinya, maka belum bertemu dengan fana, kerana ia lagi ingat akan fananya. Itu masih lagi dua sifatnya.
'
31. Seperti kata Syeikh Attar:
Jalan orang berahi (kepada Allah) yang wasil (sampai) kepada kekasihnya itu,
Akan orang itu satupun tidaklah dilihatnya,
Segala orang yang melihat dia itu, dan  alam itu pun tiadalah dilihatnya.
'
Lagi kata Syeikh Attar:
Jangan ada semata-mata, inilah jalan kamil,
Jangan bermuka dua, inilah sebenarnya wasil.
'
Kerana erti wasil bukan dua (tetapi esa). Yakni barangkala syak dan yakin tidaklah ada padanya, maka wasillah.
'
Namanya ilmu yakin, mengetahui dengan yakin, ainul yakin iaitu melihat dengan yakin, dan haqqul yakin iaitu sebenar yakin,,.. yakin adanya dengan ada Tuhannya esa jua.
'
Maksudnya apabila sempurna fakirnya (fana) maka ia itu Allah, (hati-hati mesti dapat maksud yang sebenar, jika tidak syirik dan kufur jua adanya).
'
(Karangan Al Fakir Hamzah Fansuri.
Sufi Terkenal dari Indonesia – Semoga Allah memberikan Rahmat ke atas runya,
mari kita bersedekah Al Fatihah untuknya.)
'
Selesai,…

Respons to “Al Muntahi (Bhg. 15 – selesai)”
'
1.syukran…. teramat berterima kasih lah kita semua kpada ente kerana telah bersusah payah… memanjang kan tulisan dari parasufi besar kita itu ( semoga rahmat ke atas marhum )
ke dalam blog ente dan dengan demekian para pencinta di ruangan ini bisa memenfaat segala apa yang tersirat disebalek yang tersurat…dengan qalbu kita…….syabas….betul kataulama’ terdahulu itu….. akhir makrifatullahi itu ia penzahiran adalah Diri Nya…..kerana selagi ada dua wujud ia tetap berlawandengan tauhid…….tiada nafi……esa ada nya….. fiil wahdah….fill haqiqati…..ALLAH
'
2.betul kata ulama’ terdahulu itu….. akhir makrifatullahi itu adalah penzahiran Diri Nya…..yang maha nyata dari segala yang nyata……kerana selagi ada dua wujud ia tetap berlawan dengan tauhid…….tiada nafi……esa ada nya….. fiil wahdah….fill haqiqati…..ALLAH
'

3.la hayyun
la mutakalliman
la sami’an
la aliman
la muriddan
la bashiran,
la qodirun
la maujud
fiil hakikati
Alllah….Hu
'
4.KAFIR KEPADA ALLAH, ISLAM KEPADA MANUSIA,
Penyebab Banyaknya Bencana Alam karena
tidak kenal yg di sembah/tdk makrifat???
'
Adapun Bermula Menyembah Allah /memuji Allah Adalah Atas Kenal mengenal yang di kenal
puji memuji yang di puji ya sayaya kamu..dan mengucapkan shalawat kepada Rasulullah SAW,maka inilah suatu kitab yang sudah dipindahkan dari bahasa Arab ke bahasa Indonesia,
'
supaya mudah bagi orang yang baru belajar menginginkan Allah.Bahwasanya diceritakan dari Abdullah Bin Umar r.a, katanya adalah kamu berduduk pada suatu orang kelak ke hadapan Rasulullah SAW, minta belajar ilmu Jibril a.s, daripada ilmu yang sempurna dunia dan akhirat, yaitu membiasakan darihakikat didalam shalat lima waktu yaitu wajib bagi kita untuk mengetahuinya. Yang harus mereka ketahui pertama kali hakikat shalat ini supaya sempurna kamu menyembah Allah, bermula hakikatnya didalam shalat itu atas 4 (empat)perkara :
'
1. BERDIRI (IHRAM). 2. RUKU’ (MUNAJAH). 3. SUJUD (MI’RAJ). 4. DUDUK (TABDIL). Adapun hakikatnya : 1. BERDIRI ( IHRAM) itu karena huruf ALIF asalnya dari API, bukan api pelita dan bukan pula api bara. Adapun artinya API itu bersifat JALALULLAH, yang artinya sifat KEBESARAN ALLAH TA’ALA, yang terdiri atas 2 (dua) perkara : • KUAT. • LEMAH. Yang merupakan kudrat dan iradat-Nya juga, karena hamba itu tidak mempunyai KUAT dan LEMAH karena hamba itu di-KUAT-kan dan di-LEMAH-kan oleh ALLAH, bukannya kudrat dan iradat Allah itu lemah. Adapun kepada hakikatnya yang sifat lemah itu shalat pada sifat kita yang baharu ini.
'
Adapun yang dihilangkan tatkala BERDIRI itu adalah pada segala AP’AL (perbuatan) hamba yang baharu. 2. RUKU’ (MUNAJAH) itu karena huruf LAM Awal, asalnya dari ANGIN, bukannya angin barat dan bukan pula angin timur. Adapun artinya ANGIN itu bersifat JAMALULLAH yang artinya sifat KEELOKAN ALLAH TA’ALA, yang terdiri atas 2 (dua) perkara : • TUA. • MUDA. Yang merupakan kudrat dan iradat-Nya juga. Adapun hamba itu tidak mempunyai TUA dan MUDA. Adapun yang dihilangkan tatkala RUKU’ itu adalah pada segala ASMA (nama) hamba yang baharu. 3. SUJUD (MI’RAJ) itu karena huruf LAM Akhir, asalnya dari AIR, bukannya air laut dan bukan pula air sungai. Adapun artinya AIR itu bersifat QAHAR ALLAH yang artinya sifat KEKERASAN ALLAH TA’ALA, yang terdiri atas 2 (dua) perkara : • HIDUP. • MATI. Yang merupakan kudrat dan iradat-Nya juga. Adapun hamba itu tidak pun mempunyai HIDUP dan MATI. Adapun yang dihilangkan tatkalaSUJUD itu adalah pada segala NYAWA (sifat) hamba yang baharu. 4. DUDUK (TABDIL) itu karena huruf HA, asalnya dari TANAH, bukannya pasir dan bukan pula tanah lumpur.
'
Adapun artinya TANAH itu bersifat KAMALULLAH yang artinya sifat KESEMPURNAAN ALLAH TA’ALA, yang terdiri atas 2 (dua) perkara : • ADA. • TIADA. Yang merupakan kudrat dan iradat-Nya juga. Adapun hamba itu tidak ADA dan TIADA. Adapunyang dihilangkan tatkala DUDUK itu adalah pada segala WUJUD/ZAT hamba yang baharu, karena hamba itu wujudnya ADAM yang artinya hamba tiada mempunyai wujud apapun karena hamba itu diadakan/maujud, hidupnya hamba itu di-hidupkan, matinya hamba itu di-matikan dan kuatnya hamba itu di-kuatkan. Itulah hakikatnya shalat.
'
Barangsiapa shalat tidak tahu akan hakikat yang empat tersebut diatas, shalatnya hukumnya KAFIR JIN dan NASRANI, artinya KAFIR KEPADA ALLAH, ISLAM KEPADA MANUSIA, yang berarti KAFIR BATHIN, ISLAM ZHAHIR, hidup separuh HEWAN, bukannya hewan kerbauatau sapi. Tuntutan mereka berbicara ini wajib atas kamu. Jangan shalat itu menyembah berhala !!!. INILAH PASAL Masalahyang menyatakan sempurnanya orang TAKBIRATUL IHRAM, yaitu hendaklah tahu akan MAQARINAHNYA. Bermula MAQARINAH shalat itu terdiri atas 4 (empat) perkara :
'
1. BERDIRI (IHRAM). 2. RUKU’ (MUNAJAH). 3. SUJUD (MI’RAJ). 4. DUDUK (TABDIL). Adapun hakikatnya :  Adapun hakikatnya BERDIRI (IHRAM) itu adalah TERCENGANG, artinya : tiada akan tahu dirinya lagi, lupajika sedang menghadap Allah Ta’ala, siapa yang menyembah?, dan siapa yang disembah?.  Adapun hakikatnya RUKU’ (MUNAJAH) itu adalah BERKATA-KATA, artinya : karena didalam TAKBIRATUL IHRAM itu tiada akan menyebut dirinya (asma/namanya), yaitu berkata hamba itu dengan Allah. Separuhbacaan yang dibaca didalam shalat itu adalah KALAMULLAH. Adapun hakikatnya SUJUD (MI’RAJ) itu adalah TIADA INGAT YANG LAIN TATKALA SHALAT MELA INKAN ALLAH SEMATA. Adapun hakikatnya DUDUK (TABDIL) itu adalah SUDAH BERGANTI WUJUD HAMBA DENGAN TUHANNYA. Sah dan maqarinahnya shalat itu terdiri atas 3 (tiga) perkara :
'
1. QASHAD. 2. TA’ARADH. 3. TA’IN. Adapun QASHAD itu adalah menyegerakan akan berbuat shalat, barang yang dishalatkan itu fardhu itu sunnah. Adapun artinya TA’ARRADH itu adalah menentukan pada fardhunya empat, tiga atau dua. Adapun TA’IN itu adalah menyatakan pada waktunya, zhuhur, ashar, maghrib, isya atau subuh. INILAH PASAL Masalah yang menyatakan sempurnanya didalam shalat : Adapun sempurnanya BERDIRI (IHRAM) itu hakikatnya : Nyata kepada AP’AL Allah. Hurufnya ALIF. Alamnya NASUWAT. Tempatnya TUBUH, karena tubuh itu kenyataan SYARIAT. Adapun sempurnanya RUKU’ (MUNAJAH) itu hakikatnya : Nyata kepada ASMA Allah. Hurufnya LAM Awal. Alamnya MALAKUT. Tempatnya HATI, karena hati itu kenyataan THARIQAT. Adapun sempurnanya SUJUD (MI’RAJ) itu hakikatnya : Nyata kepada SIFAT Allah. Hurufnya LAM Akhir. Alamnya JABARUT. Tempatnya NYAWA, karena Nyawa itu kenyataan HAKIKAT.
'
Adapun sempurnanya DUDUK (TABDIL) itu hakikatnya: Nyata kepada ZAT Allah. Hurufnya HA. Alamnya LAHUT. Tempatnya ROHANI, karena ROHANI itu kenyataan MA’RIFAT. Adapun BERDIRI (IHRAM) itu kepada SYARIAT Allah. HurufnyaDAL. Nyatanya kepada KAKI kita. Adapun RUKU’ (MUNAJAH) itu kepada THARIQAT Allah. Hurufnya MIM. Nyatanya kepada PUSAT (PUSER) kita. Adapun SUJUD (MI’RAJ) itu kepada HAKIKAT Allah. Hurufnya HA. Nyatanya kepada DADA kita. Adapun DUDUK (TABDIL) itu kepada MA’RIFAT Allah.
'
Hurufnya MIM Awal. Nyata kepada KEPALA (ARASY) kita. JadiOrang Shalat membentuk huruf AHMAD / MUHAMMAD. INILAH PASAL Asal TUBUH kita (jasmaniah) kita dijadikan oleh Allah Ta’ala atas 4 (empat) perkara : 1. API. 2. ANGIN. 3. AIR. 4. TANAH. Adapun NYAWA kita dijadikan Allah Ta’ala atas 4 (empat) perkara : 1. WUJUD. 2. NUR ILMU. 3. NUR. 4. SUHUD. Adapun MARTABAT Tuhan itu ada 3 (tiga) perkara : 1. AHADIYYAH. 2. WAHDAH. 3. WAHIDIYYAH. Adapun TUBUH kita dijadikan Allah Ta’ala atas 4 (empat) perkara : 1. WADIY. 2. MADIY. 3. MANIY. 4. MANIKEM. INILAH PASAL Masalah yang menyatakanjalan kepada Allah Ta’ala atas 4 (empat) perkara : 1. SYARIAT. = AP’AL. = BATANG TUBUH. 2. THARIQAT. = ASMA. = HATI. DIRI 3. HAKIKAT. = SIFAT. = NYAWA. KITA 4. MA’RIFAT. = RAHASIA. = SIR. Adapun hakikatnya : SYARIAT itu adalah KELAKUAN TUBUH. THARIQAT itu adalah KELAKUAN HATI. HAKIKAT itu adalah KELAKUAN NYAWA. MA’RIFAT itu adalah KELAKUAN ROHANI. Adapun yang tersebut diatas itu nyata atas penghulu kita Nabi MUHAMMAD.
'
Karena lafadz MUHAMMAD itu 4 (empat) hurufnya yaitu : 1. MIM Awal. 2. HA. 3. MIM Akhir. 4. DAL. Adapun huruf MIM Awal itu ibarat KEPALA. Adapun huruf HA itu ibarat DADA. Adapun huruf MIM Akhir itu ibarat PUSAT (PUSER). Adapun huruf DAL itu ibarat KAKI. Adapun huruf MIM Awal ituMAQAM-nya kepada alam LAHUT. Adapun huruf HA itu MAQAM-nya kepada alam JABARUT. Adapun huruf MIM Akhir itu MAQAM-nya kepada alam MALAKUT. Adapun huruf DAL itu MAQAM-nya kepadaalam NASUWAT. Sah dan lagi lafadz ALLAH terdiri dari 4 (empat) huruf : 1. ALIF. 2. LAM Awal. 3. LAM Akhir. 4. HA. Adapunhuruf ALIF itu nyatanya kepada AP’AL Allah. Adapun huruf LAM Awal itu nyatanya kepada ASMA Allah. Adapun huruf LAM Akhir itu nyatanya kepada SIFAT Allah.
'
Adapun huruf HA itu nyatanya kepada ZAT Allah. Adapun AP’AL itu nyata kepada TUBUH kita. Adapun ASMA itu nyata kepada HATI kita. Adapun SIFAT itu nyata kepada NYAWA kita. Adapun ZAT itu nyata kepada ROHANI kita. INILAH PASAL Masalah yang menyatakan ALAM. Adapun ALAM itu atas 2 (dua) perkara : 1. ALAM KABIR (ALAM BESAR/ALAM NYATA). 2. ALAM SYAQIR (ALAM KECIL/ALAM DIRI KITA). Adapun ALAM KABIR itu adalah alam yang NYATA INI. Adapun ALAM SYAQIR itu adalah alam DIRI KITA INI. ALAM KABIR (ALAM BESAR) itu sudah terkandung didalam ALAM SYAQIR karena ALAM SYAQIR itu bersamaan tiada kurang dan tiada lebih, lengkap dengan segala isinya bumi dan langit, arasy dan kursy, syurga, neraka, lauhun (tinta) dan qolam (pena), matahari, bulan dan bintang. Adapun BUMI / JASMANI didalam tubuh kita itu terdiri atas 7 (tujuh) lapis yaitu : 1. BULU. 2. KULIT. 3. DAGING. 4. URAT. 5. DARAH. 6. TULANG. 7. LEMAK (SUM-SUM). Adapun LANGIT / ROHANI (OTAK/ARASY) didalam tubuh kita itu terdiri atas 7 (tujuh) lapis pula : 1. DIMAK (LAPISAN BERPIKIR/RUH NABATI).2. MANIK (LAPISAN PANDANGAN/RUH HEWANI). 3. NAFSU (RUH JASMANI). 4. BUDI (RUH NAFASANI). 5. SUKMA (RUH ROHANI). 6. RASA (RUH NURANI). 7. RAHASIA (RUH IDHAFI). AdapunMATAHARI didalam tubuh kita yaitu NYAWA kita. Adapun BULANdidalam tubuh kita yaitu AKAL kita. Adapun BINTANG didalam tubuh kita yaitu ILMU kita (ada yang banyak dan ada pula yang sedikit). Adapun SYURGA didalamtubuh kita yaitu AMAL SHALEH kita. Adapun NERAKA didalam tubuh kita yaitu DOSA-DOSA kita.Adapun LAUT didalam tubuh kitaada 2 (dua) yaitu : 1. LAUT ASIN. 2. LAUT TAWAR. Adapun LAUT ASIN didalam tubuh kita yaitu AIR MATA kita. Adapun LAUT TAWAR didalam tubuh kita yaitu AIR LUDAH kita. Adapun MAHLIGAI didalam tubuh kita ada 7 (tujuh) pula yaitu : 1. DADA. 2. QALBUN. 3. BUDI. 4. JINEM. 5. NYAWA. 6. RASA. 7. RAHASIA. Didalam DADA itu QALBUN dan didalam QALBUN itu BUDI dan didalam BUDI itu JINEM dan didalam JINEM itu NYAWA dan didalam NYAWA itu RASA dan didalam RASA itu RAHASIA (SIR).
'
'
6.salam..syukur wa habbah,
mengambil faham dari huraian guru mursyid Tokku Ibrahim :
adapun ainul yaqiin itu pada marhalah tauhid i’tiqodiyah yaqin padaNya pada martabat aqal/ilmu. permulaan tauhid ahlusSunnah wljamaah.
'
haqqul yaqiin itu pada marhalah tauhid syuhudiyah yaqin menerusi musyahadah matahati/fuad pada af’alNya, kemudian asma’Nya, kemudian sifatNya dan seterusnya dzatNya.marhalah ini sangat menuntut berguru untuk memudahkan pembukaan (mukasyafah).
'
dua marhalah tadi masih ada syirik kerana masih nyata dua wujud. semakin tersembunyi pada syuhud dzatNya kerana adayang melihat kepada yang dlihat..
'
kamalul yaqin marhalah tauhid wujudiyyah.. kesempurnaan tauhid; tiada wujud yang lain hanya semata-mata Dia. sempurna perjalanan tauhidnya tiada syirik kerana telah mencapai kefana’kan yang haq. wajib degan bimbingn mursyid agar benar & amp; sah perjalanannya, dapatnya.. inilh kesempurnaan tauhid aswj yang dibawa oleh ulama’ ariffiin kepada asuhan mereka. memangkita di wusulkan kepada haq taala… ilahi anta maqsudi wa ridhoka matlubi
'

al-fatihah buat sekalian ‘arifiin yang menitiskan rohani mereka melalui guru yngg haq kepada kita yang hina…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

PARIBASA SUNDA

A. Abang-abang lambe  Ukur ngagenahkeun batur wungkul. Abong biwir teu diwengku , abong letah teu tulangan Ngomong  henteu dipikir heula,...